Saturday, February 12, 2011

Ohh......Letihnyaaaaaaaa...

Salam semua....cuti tahun baru cina telah berlalu. Tetapi kenangan bercuti semasa balik ke kampung halaman ku masih lagi tersemat diingatan. Keluar daripada rumah pada jam 11.30 pagi 3 Feb 2011 melalui jalan Sg Buloh amatlah lancar. Sehinggalah sampai di Batu Caves, pergerakan kenderaan tiba-tiba berhenti seketika dan bergerak perlahan kerana kesesakan lalulintas yang sangat teruk. Ini ditambah lagi dengan perangai dan gelagat pemandu yang tidak sabar menunggu barisan dengan mengambil lorong kecemasan untuk potong que..Nasib baik tiada pihak polis yang mengawal, jika tidak cepatlah habis kertas saman diagihkan kepada pemandu yang gelojoh dan pentingkan diri sendiri itu. Pakai kereta besar-besar, belajar tinggi-tinggi tetapi  perangai tidak menunjukan sifat dan keperibadian yang murni.

Diperhatikan banyak juga kereta yang tersadai dan terpaksa berehat dilorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Kasihan melihat mereka terpaksa berkampong bersama keluarga ditepi jalan menunggu bantuan. Dengan anak-anak kecil dan cuaca panas terik. Waktu ini banyak menguji kesabaran dan mental kita. Sebab itu sebelum kita melakukan sesuatu perjalanan, kita hendaklah memastikan telah melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggraan pada kenderaan kita. Jika breakdown ditengah jalan, hajat untuk pulang ke kampung mungkin tidak kesampaian atau sampai lewat. Modal yang diperuntukan untuk perbelanjaan balik kampung dah lari bajet.

Ku merentasi sempadan melalui Gombak, lebuhraya Karak dan lebuhraya pantai timur dengan meninggalkan jem dipersimpangan Bentong. Tak taulah macam mana pulak emosi dan ketahanan mental pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut untuk ke Gua Musang.

Sudah lama tidak melalui lebuh raya pantai timur. Last masa balik raya aidilfitri tahun lepas. Pada pandangan saya kualiti lebuhraya Plus dgn LPT jauh berbeza. Didapati banyak terdapat lubang-lubang kecil telah terbentuk di atas jalan yang memerlukan penyelenggraan. Mungkin kesan musim tengkujuh yang lepas atau purata hujan yang banyak menyebabkan air bertakung di atas jalan.

Walau bagaimanapun perjalanan agak lancar kecuali di R & R yang begitu sendat kerana banyak kereta yang berhenti  tidak seperti hari-hari biasa. Di stesen minyak pun sama. Nak bagi duit pn kena que panjang.

Akhirnya sampai juga dikampungku dengan selamat. Yang paling seronok melihat anak-anak yang terlalu excited untuk balik merasai suasana kampung. Ada lembu, bunyi kokokan ayam, dan pokok buah-buahan. Sungguh damainya..





balik kampong makan kenduri.....anak saudara kawin.....

No comments:

Post a Comment