Monday, February 14, 2011

Minyak Pelincir

 Apa yang anda tahu tentang minyak pelincir? Apakah kegunaanya? Kalau sebut pelincir semua orang sedia maklum ianya adalah satu bahan yang diletakan supaya pergerakan sesuatu objek menjadi lancar..Kalau tak ada pelincir...pergerakan akan menjadi kurang lancar...Contohnya......fikirlah sendiri....

Kalau minyak pelincir yang digunakan pada kenderaan adalah untuk mengurangkan penggeseran dan seterusnya meminumkan kerosakan pada injin. Ianya bertindak dgn membentuk lapisan pelindung pada permukaan komponen yg bergeser serta membersih bahan kotor (karbon) dan meneutralkan bahan asid yang terhasil oleh pembakaran serta melindungi permukaan-permukaan keluli di dalam injin dari berkarat.

Minyak injin dihasilkan secara khusus melalui teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia dan petroleum. Ianya diuji dari segi mutu dan prestasi oleh dua badan piawaian antrabangsa iaitu Socitey of Automative Engineers (SAE) dan American Petroleum Institue (API).

SAE adalah sukatan kepekatan atau kelikatan sesuatu minyak. Contohnya bagi SAE 15W/50 (W huruf awal untuk "winter" atau musim sejuk) bererti pada suhu serendah 10 darjah Celcius, minyak tersebut mempunyai kelikatan seperti SAE 15 manakala pada suhu tertinggi 100 darjah Celcius pula ia berubah kepada kelikatan minyak gred SAE 50. Indeks yang lebih tinggi membawa maksud kelikatan yang lebih likat/pekat. Lebih pekat sesuatu cecair bermakna lebih perlahan ia mengalir.

Manakala API pula merupakan ukuran prestasi yang lebih komprehasif yang merangkumi nisbah perlindungan terhadap pembentukan  mendapan dan ketahanan sesuatu minyak terhadap suhu dari tekanan yang berubah-ubah tanpa menjadi rosak.

Minyak Pelincir Pelbagai Gred

Sesetengah kenderaan memerlukan pelincir yang mempunyai kualiti yang lebih tinggi untuk memenuhi tuntutan pemanduan yang lebih lasak. Secara teknikal minyak pelincir multi gred sepatutnya digunakan untuk semua kereta baru (Jika tiada huruf W diantara nombor yang dipamerkan, bermakna minyak tsbt bukan pelincir multi gred)

Minyak pelincir yang memiliki satu gred shj seperti SAE 30/40 biasanya terlalu likat dan injin mungkin sukar dihidupkan semasa cuaca sejuk. Ini adalah kerana mengikut hukum fizik semakin rendah suhu minyak itu semakin kurang juga kebendalirannya. Tetapi pelincir multi gred bertindak sebaliknya. Ia likat pada suhu panas dan menjadi bertambah cair ketika sejuk.

Minyak Pelincir SAE 30/40 lebih murah. Untuk kenderaan baru tidak digalakan kerana mendedahkan injin kenderaan kepada pembentukan deposit dan endapan yang akhirnya akan mengakibatkan kerosakan kepada komponen-komponen injin.

Nak Pilih Minyak Pelincir?

Selalunya untuk kereta-kereta baru atau di bawah umur lima tahun dan 100, 000km disarankan menggunakan
10W/30 atau 15W/40. Ini kerana tiada atau kurang terdapat 'wear and tear' pada injin baru dan piston masih 'ketat'. Oleh itu minyak pelincir yang cair iaitu mempunyai indeks rendah amat sesuai untuk lubrikasi.

Untuk injin lama pula dimana 'wear and tear' sudah berlaku. pelincir 20W/50 yang lebih likat lebih sesuai kerana ia memberi ruang kepada komponen-komponen injin untuk bergerak dan melakukan lubrikasi.

Penggunaan minyak pelincir yang betul dapat memanjangkan jangka hayat injin dan membantu ke arah memperbaiki tahap penjimatan minyak dengan cara mengurangkan heretan dalaman pada injin.

Selamat memandu dan berhati-hati dijalan raya. Kecuian membawa padah.

No comments:

Post a Comment