Wednesday, February 23, 2011

Bateri Ohhh Bateri

Aduhhhh letihnya..dah lama tak masukan entry baru...sibuk sikit buat masa ini...banyak perkara nak kena selesaikan sama ada masalah di tempat kerja atau pun di rumah. Untuk entry pada kali ini saya ingin kongsi bersama pembaca berkenaan bateri kenderaan dan penjagaannya.

Sesebuah kereta mempunyai dua sumber tenaga elektrik iaitu bateri dan alternator. Bateri bekalkan tenaga elektrik ketika enjin mati dan untuk menghidupkan enjin. Setelah enjin dihidupkan, alternator akan mengecas semula bateri dan memenuhi keperluan tenaga elektrik untuk peralatan kereta.


Apa itu Bateri?

Bateri adalah sejenis alat elektrokimia yang direka cipta untuk membekalkan kuasa elektrik kepada stater motor, sistem penyalaan, lampu dan peralatan lain. Ianya menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk tenaga kimia dan menghantarkannya ke sistem elektrik dan peralatan apabila diperlukan. Apabila digunakan tenaga bateri akan dinyahcaskan dan tenaga bateri akan menyusut. Oleh itu iannya perlu dicas semula oleh alternator. Begitulah proses berlaku secara berterusan sehingga bateri tidak mampu lagi dicas semula dan membekalkan tenaga untuk kereta.


Bateri kereta mengandungi:

  • bendalir elektrolit iaitu bahan pengalir cas elektrik
  • beberapa elektrod positif dan negatif
Dalam bateri kereta asid sulfurik digunakan sebagai bendalir elektrolik manakala elektrod pula terdiri drp bahan plumbum. Plat elektrod positif dan negetif disusun berselang-seli bagi memaksimumkan permukaan tindakbalas dan seterusnya meningkatkan kapasiti bateri.

Bateri dibahagikan kepada beberapa sel dan setiap sel mengandungi elektrod yg tersendiri. Bagi bateri kereta lazimnya terdapat 6 sel tenaga elektromotif (EMF) yg dihasilkan oleh satu satu sel ialah lebih kurang 2.1V. Oleh itu bateri kereta yang mempunyai enam sel menghasilkan keluaran nominal sebanyak 12V.

Penjagaan Bateri

Tanda-tanda awal bateri yang akan rosak:

  • Enjin tidak dapat dihidupkan dgn lancar
  • Enjin tidak dapat berfungsi dgn baik setelah dihidupkan
  • Hon berbunyi sangat perlahan atau langsung berbunyi
  • Lampu hadapan yang menyala agak malap
  • Air bateri berkurangan secara drastik

 Langkah-langkah Penjagaan Bateri
  • Periksa paras air bateri dengan kerap. Paras air bateri antara paras minimum dan maksimum yang tertera pada sisi bateri
  • Gunakan air suling atau air hujan yang belum terkena besi dan bukan air paip
  • Pastikan penutup sentiasa ketat untuk mengelakkan air bateri tumpah
  • Terminal bateri dijaga sentiasa bersih, ketat dan tidak beroksidasi. Sapukan sedikit gris PX 7 kepada kepala bateri untuk mengurangkan oksidasi dari berlaku.
  • Sebelum menghidupkan enjin, matikan kesemua suis lampu dan peralatan aksesori
  • Jangan sekali-kali membiarkan lampu atau peralatan aksesori lain menyala jika tidak diperlukan terutama ketika enjin dimatikan
  • Selalu enjin kereta dihidupkan walaupun kereta jarang digunakan. Bateri yang terbiar terlalu lama boleh menjadi lemah secara perlahan-lahan
  • Servis kereta mengikut jadual dan periksa alternator berfungsi dengan sempurna
  • Gunakan peralatan elektrik secara minimum
Punca Bateri Gagal Berfungsi
  • Cas tidak cukup
  • Cas berlebihan
  • Paras air bateri kurang
  • Sarat muatan (penggunaan peralatan elektrik secara maksimum)
  • Suhu tinggi
  • Air bateri tercemar
  • Bateri lama
Alternator (Pengulangalik)- Berfungsi untuk mengecas semula bateri dan membekal kuasa kepada komponen elektrik kenderaan.


 Selamat Memandu Dan Berhati-hati Dijalan Raya

1 comment: