Monday, February 28, 2011

Brek ABS

Brek adalah sangat penting kepada sesebuah kenderaan semasa kita hendak memperlahan atau memberhentikan kenderaan tsbt. Sangat penting lagi jika berlaku kecemasan atau ada halangan dihadapan. Dengan panik kita akan terus menekan brek untuk mengelakan berlakunya kemalangan, tetapi tahukan anda apakah sistem brake yang terpasang pada kenderaan anda.  Adakah kereta anda mempunyai sistem brek ABS..


Apakah brek ABS itu? ABS ialah singkatan daripada "Anti Lock Braking System" atau orang kampung macam aku ne panggil "Sistem Brek Tak Terkunci". Sistem brek ABS mengawal kelajuan roda kereta dan membenarkan pemandu kereta mengawal dan mengemudikan kenderaan dengan menghalang roda kereta dari menjadi terkunci apabila kereta tersebut membrek pada permukaan jalan yang rendah geserannya atau semasa kecemasan.  Ini dilakukan dengan memutarkan sistem brek dengan cara yang jauh lebih cepat berbanding dengan sistem brek biasa.

Sistem brek sesebuah kereta ialah suatu sistem peralatan yang mengurangkan kelajuan kenderaan atau menghentikannya sama sekali dengan mewujudkan suatu tekanan di dalam arah songsang kepada arah perjalanan kereta. Pada sistem brek biasa, tekanan membrek yang tidak memadai akan menyebabkan roda kereta menjadi terkunci. Keadaan ini disebabkan oleh gegaran yang bergolak yang timbul akibat dari permukaan brek yang tidak rata. Apabila gegaran tersebut melebihi kuasa pegangan tayar kereta, roda kereta akan terkunci.

Apabila hujan, atau ada tumpahan  minyak atau kereta dipandu pada kelajuan yang tinggi, risiko tayar menjadi terkunci adalah sangat tinggi. Ini kerana semasa keadaan tersebut kuasa pegangan tayar adalah lebih rendah.

Sistem brek ABS berfungsi untuk menyerap gegaran yang berlebihan dan mengawal serta mengubah corak denyutan gegaran tersebut untuk membolehkan roda kereta berpusing walaupun menghadapi tekanan membrek yang maksimum. Selain itu, pemandu boleh mengemudikan kenderaanya untuk menghindarkan daripada perlanggaran selagi ada geseran di antara tayar kereta tersebut dan permukaan jalan. Sistem ini juga boleh menghentikan kenderaan dengan lebih cepat dan juga boleh dikawal walaupun semasa berlaku kecemasan.

Kita mesti mengetahui apakah sistem brek yang terpasang pada kereta kita kerana cara membrek sistem brek ABS semasa berlaku kecemasan adalah berbeza. Bagi kereta yang mempunyai sistem brek biasa, pemandu harus menekan brek dengan pantas. Namun cara ini tidak sesuai kepada kereta yang mempunyai sistem brek ABS. Pemandu hanya menekan menekan brek dengan kuat sekali dan terus meenekannya dengan kuat sehingga kenderaan anda berhenti. Kita masih lagi boleh mengemudi kenderaan untuk mengelakan pelanggaraan sambil menekan brek.

Terdapat dua jenis sistem ABS  iaitu sistem ABS pada roda belakang mencegah roda belakang kereta daripada menjadi terkunci. Ini membenarkan kereta terus bergerak dalam arah lurus walaupun semasa membrek. Untuk sistem ABS pada keempat-empat roda pula membenarkan pemandu kereta terus mengawal kenderaannya semasa membrek.

Apa yang penting ada ABS atau tidak kita haruslah mempraktikkan cara pemanduan yang selamat.


# Teknik Membrek Kecemasan ini untuk kenderaan yang tidak dilengakapi sistem ABS

Pandu selamat jiwa selamat.

No comments:

Post a Comment