Monday, February 28, 2011

Brek ABS

Brek adalah sangat penting kepada sesebuah kenderaan semasa kita hendak memperlahan atau memberhentikan kenderaan tsbt. Sangat penting lagi jika berlaku kecemasan atau ada halangan dihadapan. Dengan panik kita akan terus menekan brek untuk mengelakan berlakunya kemalangan, tetapi tahukan anda apakah sistem brake yang terpasang pada kenderaan anda.  Adakah kereta anda mempunyai sistem brek ABS..


Apakah brek ABS itu? ABS ialah singkatan daripada "Anti Lock Braking System" atau orang kampung macam aku ne panggil "Sistem Brek Tak Terkunci". Sistem brek ABS mengawal kelajuan roda kereta dan membenarkan pemandu kereta mengawal dan mengemudikan kenderaan dengan menghalang roda kereta dari menjadi terkunci apabila kereta tersebut membrek pada permukaan jalan yang rendah geserannya atau semasa kecemasan.  Ini dilakukan dengan memutarkan sistem brek dengan cara yang jauh lebih cepat berbanding dengan sistem brek biasa.

Sistem brek sesebuah kereta ialah suatu sistem peralatan yang mengurangkan kelajuan kenderaan atau menghentikannya sama sekali dengan mewujudkan suatu tekanan di dalam arah songsang kepada arah perjalanan kereta. Pada sistem brek biasa, tekanan membrek yang tidak memadai akan menyebabkan roda kereta menjadi terkunci. Keadaan ini disebabkan oleh gegaran yang bergolak yang timbul akibat dari permukaan brek yang tidak rata. Apabila gegaran tersebut melebihi kuasa pegangan tayar kereta, roda kereta akan terkunci.

Apabila hujan, atau ada tumpahan  minyak atau kereta dipandu pada kelajuan yang tinggi, risiko tayar menjadi terkunci adalah sangat tinggi. Ini kerana semasa keadaan tersebut kuasa pegangan tayar adalah lebih rendah.

Sistem brek ABS berfungsi untuk menyerap gegaran yang berlebihan dan mengawal serta mengubah corak denyutan gegaran tersebut untuk membolehkan roda kereta berpusing walaupun menghadapi tekanan membrek yang maksimum. Selain itu, pemandu boleh mengemudikan kenderaanya untuk menghindarkan daripada perlanggaran selagi ada geseran di antara tayar kereta tersebut dan permukaan jalan. Sistem ini juga boleh menghentikan kenderaan dengan lebih cepat dan juga boleh dikawal walaupun semasa berlaku kecemasan.

Kita mesti mengetahui apakah sistem brek yang terpasang pada kereta kita kerana cara membrek sistem brek ABS semasa berlaku kecemasan adalah berbeza. Bagi kereta yang mempunyai sistem brek biasa, pemandu harus menekan brek dengan pantas. Namun cara ini tidak sesuai kepada kereta yang mempunyai sistem brek ABS. Pemandu hanya menekan menekan brek dengan kuat sekali dan terus meenekannya dengan kuat sehingga kenderaan anda berhenti. Kita masih lagi boleh mengemudi kenderaan untuk mengelakan pelanggaraan sambil menekan brek.

Terdapat dua jenis sistem ABS  iaitu sistem ABS pada roda belakang mencegah roda belakang kereta daripada menjadi terkunci. Ini membenarkan kereta terus bergerak dalam arah lurus walaupun semasa membrek. Untuk sistem ABS pada keempat-empat roda pula membenarkan pemandu kereta terus mengawal kenderaannya semasa membrek.

Apa yang penting ada ABS atau tidak kita haruslah mempraktikkan cara pemanduan yang selamat.


# Teknik Membrek Kecemasan ini untuk kenderaan yang tidak dilengakapi sistem ABS

Pandu selamat jiwa selamat.

Wednesday, February 23, 2011

Bateri Ohhh Bateri

Aduhhhh letihnya..dah lama tak masukan entry baru...sibuk sikit buat masa ini...banyak perkara nak kena selesaikan sama ada masalah di tempat kerja atau pun di rumah. Untuk entry pada kali ini saya ingin kongsi bersama pembaca berkenaan bateri kenderaan dan penjagaannya.

Sesebuah kereta mempunyai dua sumber tenaga elektrik iaitu bateri dan alternator. Bateri bekalkan tenaga elektrik ketika enjin mati dan untuk menghidupkan enjin. Setelah enjin dihidupkan, alternator akan mengecas semula bateri dan memenuhi keperluan tenaga elektrik untuk peralatan kereta.


Apa itu Bateri?

Bateri adalah sejenis alat elektrokimia yang direka cipta untuk membekalkan kuasa elektrik kepada stater motor, sistem penyalaan, lampu dan peralatan lain. Ianya menyimpan tenaga elektrik dalam bentuk tenaga kimia dan menghantarkannya ke sistem elektrik dan peralatan apabila diperlukan. Apabila digunakan tenaga bateri akan dinyahcaskan dan tenaga bateri akan menyusut. Oleh itu iannya perlu dicas semula oleh alternator. Begitulah proses berlaku secara berterusan sehingga bateri tidak mampu lagi dicas semula dan membekalkan tenaga untuk kereta.


Bateri kereta mengandungi:

  • bendalir elektrolit iaitu bahan pengalir cas elektrik
  • beberapa elektrod positif dan negatif
Dalam bateri kereta asid sulfurik digunakan sebagai bendalir elektrolik manakala elektrod pula terdiri drp bahan plumbum. Plat elektrod positif dan negetif disusun berselang-seli bagi memaksimumkan permukaan tindakbalas dan seterusnya meningkatkan kapasiti bateri.

Bateri dibahagikan kepada beberapa sel dan setiap sel mengandungi elektrod yg tersendiri. Bagi bateri kereta lazimnya terdapat 6 sel tenaga elektromotif (EMF) yg dihasilkan oleh satu satu sel ialah lebih kurang 2.1V. Oleh itu bateri kereta yang mempunyai enam sel menghasilkan keluaran nominal sebanyak 12V.

Penjagaan Bateri

Tanda-tanda awal bateri yang akan rosak:

  • Enjin tidak dapat dihidupkan dgn lancar
  • Enjin tidak dapat berfungsi dgn baik setelah dihidupkan
  • Hon berbunyi sangat perlahan atau langsung berbunyi
  • Lampu hadapan yang menyala agak malap
  • Air bateri berkurangan secara drastik

 Langkah-langkah Penjagaan Bateri
  • Periksa paras air bateri dengan kerap. Paras air bateri antara paras minimum dan maksimum yang tertera pada sisi bateri
  • Gunakan air suling atau air hujan yang belum terkena besi dan bukan air paip
  • Pastikan penutup sentiasa ketat untuk mengelakkan air bateri tumpah
  • Terminal bateri dijaga sentiasa bersih, ketat dan tidak beroksidasi. Sapukan sedikit gris PX 7 kepada kepala bateri untuk mengurangkan oksidasi dari berlaku.
  • Sebelum menghidupkan enjin, matikan kesemua suis lampu dan peralatan aksesori
  • Jangan sekali-kali membiarkan lampu atau peralatan aksesori lain menyala jika tidak diperlukan terutama ketika enjin dimatikan
  • Selalu enjin kereta dihidupkan walaupun kereta jarang digunakan. Bateri yang terbiar terlalu lama boleh menjadi lemah secara perlahan-lahan
  • Servis kereta mengikut jadual dan periksa alternator berfungsi dengan sempurna
  • Gunakan peralatan elektrik secara minimum
Punca Bateri Gagal Berfungsi
  • Cas tidak cukup
  • Cas berlebihan
  • Paras air bateri kurang
  • Sarat muatan (penggunaan peralatan elektrik secara maksimum)
  • Suhu tinggi
  • Air bateri tercemar
  • Bateri lama
Alternator (Pengulangalik)- Berfungsi untuk mengecas semula bateri dan membekal kuasa kepada komponen elektrik kenderaan.


 Selamat Memandu Dan Berhati-hati Dijalan Raya

Wednesday, February 16, 2011

Ohhh.......Malasnya Nak Kerja

Ada banyak faktor yang menyebabkan  sesorang hilang tumpuan untuk berkerja. Suka melanggar disiplin dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Apabila datang ke tempat kerja tidak menunjukkan tahap prestasi yang tinggi dan memberi tumpuan yang sepenuhnya pada kerja. Diantaranya ialah:

  • Ada buat kerja lain selepas waktu kerja...
  • Layan hobi atau hiburan yang keterlaluan
  • Tidak cukup tidur
  • Tekanan emosi
  • Ambil dadah atau arak
  • Ada masalah kesihatan
  • Ada masalah keluarga/peribadi
  • Masalah kewangan
 Apabila ada masalah sedemikian menyebabkan sesiapa sahaja hilang minat untuk berkerja, lesu dan tidak bermaya untuk menjalankan tugas terutamanya yang melibatkan tugas-tugas pemanduan. Memandu kenderaan memerlukan keupayaan fizikal dan mental yang sihat supaya tumpuan dapat diberikan sepenuhnya ketika memandu.

Oleh itu bagi memastikan jalan raya selamat, setiap pemandu bertanggungjawab  datang berkerja dalam keadaan yang sihat dan layak untuk berkerja. Jika ada masalah bolehlah berjumpa dengan pihak-pihak yang berkenaan supaya jalan penyelesaian dapat ditemui.

Kerja itu amanah dan tanggungjawab kita....Jangan cekik darah kawan....Tugas yang sepatutnya kita buat....orang lain yang pikul

 Ingat Memandu Ingat Keselamatan

Tuesday, February 15, 2011

Sikap Pemandu Berhemah

Pemanduan berhemah bukan sahaja selamatkan nyawa sendiri, penumpang dan pemandu lain tetapi juga menjimatkan petrol dan kos penyelenggaraan. Pemandu berhemah akan merancang dan mengendalikan pemanduannya secara sistematik. Pemandu berhemah lebih berjimat dengan cara:

  • Menjaga kereta dengan keadaan sempurna.Ianya termasuk penyelenggaraan yang dilakukan secara berjadual dapat memastikan kereta berfungsi dgn baik tanpa sebarang masalah.
  • Mematikan injin jika kereta tidak bergerak. Masa tunggu bosssss.......anak bini.....penumpang...Kalau sekejap tu kira okey laaa...Membazir minyak tu....
  • Elak daripada menekan brek terlalu kuat hingga brek terkunci..Nanti tayar dan brek pad cepat haus. Minyak pun sama juga....sebab selepas  kita menekan brek....kita akan menukarkan gear tinggi kepada gear rendah...injak pemencut pn ditekan....brommmmmmmmm....gunakan pembakaran bahanapi yg lebih
  • Meminimumkan penggunaan alat pendingin hawa. Injin akan menggunakan lebih banyak petrol apabila pendingin hawa dihidupkan...
  • Memastikan tekanan angin tayar yang betul sebagaimana disarankan oleh pengeluar
  • Memastikan penjajaran tayar yang betul
  • Melajukan kereta secara perlahan dan berperingkat
  • Memandu pada kelajuan yang stabil...

 Pandu Cermat... Jiwa Selamat....

Monday, February 14, 2011

Minyak Pelincir

 Apa yang anda tahu tentang minyak pelincir? Apakah kegunaanya? Kalau sebut pelincir semua orang sedia maklum ianya adalah satu bahan yang diletakan supaya pergerakan sesuatu objek menjadi lancar..Kalau tak ada pelincir...pergerakan akan menjadi kurang lancar...Contohnya......fikirlah sendiri....

Kalau minyak pelincir yang digunakan pada kenderaan adalah untuk mengurangkan penggeseran dan seterusnya meminumkan kerosakan pada injin. Ianya bertindak dgn membentuk lapisan pelindung pada permukaan komponen yg bergeser serta membersih bahan kotor (karbon) dan meneutralkan bahan asid yang terhasil oleh pembakaran serta melindungi permukaan-permukaan keluli di dalam injin dari berkarat.

Minyak injin dihasilkan secara khusus melalui teknologi dalam bidang kejuruteraan kimia dan petroleum. Ianya diuji dari segi mutu dan prestasi oleh dua badan piawaian antrabangsa iaitu Socitey of Automative Engineers (SAE) dan American Petroleum Institue (API).

SAE adalah sukatan kepekatan atau kelikatan sesuatu minyak. Contohnya bagi SAE 15W/50 (W huruf awal untuk "winter" atau musim sejuk) bererti pada suhu serendah 10 darjah Celcius, minyak tersebut mempunyai kelikatan seperti SAE 15 manakala pada suhu tertinggi 100 darjah Celcius pula ia berubah kepada kelikatan minyak gred SAE 50. Indeks yang lebih tinggi membawa maksud kelikatan yang lebih likat/pekat. Lebih pekat sesuatu cecair bermakna lebih perlahan ia mengalir.

Manakala API pula merupakan ukuran prestasi yang lebih komprehasif yang merangkumi nisbah perlindungan terhadap pembentukan  mendapan dan ketahanan sesuatu minyak terhadap suhu dari tekanan yang berubah-ubah tanpa menjadi rosak.

Minyak Pelincir Pelbagai Gred

Sesetengah kenderaan memerlukan pelincir yang mempunyai kualiti yang lebih tinggi untuk memenuhi tuntutan pemanduan yang lebih lasak. Secara teknikal minyak pelincir multi gred sepatutnya digunakan untuk semua kereta baru (Jika tiada huruf W diantara nombor yang dipamerkan, bermakna minyak tsbt bukan pelincir multi gred)

Minyak pelincir yang memiliki satu gred shj seperti SAE 30/40 biasanya terlalu likat dan injin mungkin sukar dihidupkan semasa cuaca sejuk. Ini adalah kerana mengikut hukum fizik semakin rendah suhu minyak itu semakin kurang juga kebendalirannya. Tetapi pelincir multi gred bertindak sebaliknya. Ia likat pada suhu panas dan menjadi bertambah cair ketika sejuk.

Minyak Pelincir SAE 30/40 lebih murah. Untuk kenderaan baru tidak digalakan kerana mendedahkan injin kenderaan kepada pembentukan deposit dan endapan yang akhirnya akan mengakibatkan kerosakan kepada komponen-komponen injin.

Nak Pilih Minyak Pelincir?

Selalunya untuk kereta-kereta baru atau di bawah umur lima tahun dan 100, 000km disarankan menggunakan
10W/30 atau 15W/40. Ini kerana tiada atau kurang terdapat 'wear and tear' pada injin baru dan piston masih 'ketat'. Oleh itu minyak pelincir yang cair iaitu mempunyai indeks rendah amat sesuai untuk lubrikasi.

Untuk injin lama pula dimana 'wear and tear' sudah berlaku. pelincir 20W/50 yang lebih likat lebih sesuai kerana ia memberi ruang kepada komponen-komponen injin untuk bergerak dan melakukan lubrikasi.

Penggunaan minyak pelincir yang betul dapat memanjangkan jangka hayat injin dan membantu ke arah memperbaiki tahap penjimatan minyak dengan cara mengurangkan heretan dalaman pada injin.

Selamat memandu dan berhati-hati dijalan raya. Kecuian membawa padah.

Saturday, February 12, 2011

Cermat...Jimat

Jika ada terdengar sesuatu yang pelik atau luar biasa, periksalah kenderaan anda. Contohnya, gegaran pada stereng mungkin berpunca drp tayar hadapan tidak dipasang dengan kemas atau sebahagian sistem gantungan yang hampir rosak atau tayar bocor. Apa yang penting periksalah kenderaan kita atau hantar ke mekanik. Jangan bertangguh-tangguh kerana masalah itu mungkin merebak ke bahagian lain.



JImat Karen

Bateri yang gagal berfungsi secara tiba-tiba berpunca daripada penggunaan pelbagai alatan elektrik serentak secara maksimum dlm sesebuah kenderaan. Contohnya, apabila hujan lebat pada waktu malam. kita menghidupkan penggilap cermin, alat pendingin hawa, lampu hadapan, pemanas cermin sisi/belakang, lampu kabus dan sistem bunyian secara serentak, sering habiskan kesemua elektrik daripada alterrnator. Ini menyebabkan bateri tidak dapat dicaj semula. Jika demikian, jimatkan penggunaan elektrik dengan merendahkan suis aircond ke tahap minimum. Apabila berhenti di lampu isyarat, perlahankan kelajuan penggilap cermin. Perlahankan bunyi sistem audio supaya alternator berpeluang mengecaj semula bateri.



Tekan Brek

Brek menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga haba. Jadi banyak haba dihasilkan apabila brek ditekan. Oleh itu gunakan brek secara cermat dan lembut. Jangan memencut ke arah lampu trafik yang sedang bertukar kuning kepada merah. Membrek secara keras dan tiba-tiba boleh menghauskan brek dgn cepat. Penumpang yang duduk sebelah pn tidak selesa. Panas keterlaluan boleh sebabkan rotor brek cakera melengkung seterusnya perlu ditukar. Perlukan duit lagi..Haba yang berlebihan di bahagian brek boleh sebabkan gris dalam piring cair dan bearing kering. Guna brek secara cermat jimatkan minyak manakala tayar, brek dan suspensi lebih tahan lama.



Ohh......Letihnyaaaaaaaa...

Salam semua....cuti tahun baru cina telah berlalu. Tetapi kenangan bercuti semasa balik ke kampung halaman ku masih lagi tersemat diingatan. Keluar daripada rumah pada jam 11.30 pagi 3 Feb 2011 melalui jalan Sg Buloh amatlah lancar. Sehinggalah sampai di Batu Caves, pergerakan kenderaan tiba-tiba berhenti seketika dan bergerak perlahan kerana kesesakan lalulintas yang sangat teruk. Ini ditambah lagi dengan perangai dan gelagat pemandu yang tidak sabar menunggu barisan dengan mengambil lorong kecemasan untuk potong que..Nasib baik tiada pihak polis yang mengawal, jika tidak cepatlah habis kertas saman diagihkan kepada pemandu yang gelojoh dan pentingkan diri sendiri itu. Pakai kereta besar-besar, belajar tinggi-tinggi tetapi  perangai tidak menunjukan sifat dan keperibadian yang murni.

Diperhatikan banyak juga kereta yang tersadai dan terpaksa berehat dilorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Kasihan melihat mereka terpaksa berkampong bersama keluarga ditepi jalan menunggu bantuan. Dengan anak-anak kecil dan cuaca panas terik. Waktu ini banyak menguji kesabaran dan mental kita. Sebab itu sebelum kita melakukan sesuatu perjalanan, kita hendaklah memastikan telah melaksanakan pemeriksaan dan penyelenggraan pada kenderaan kita. Jika breakdown ditengah jalan, hajat untuk pulang ke kampung mungkin tidak kesampaian atau sampai lewat. Modal yang diperuntukan untuk perbelanjaan balik kampung dah lari bajet.

Ku merentasi sempadan melalui Gombak, lebuhraya Karak dan lebuhraya pantai timur dengan meninggalkan jem dipersimpangan Bentong. Tak taulah macam mana pulak emosi dan ketahanan mental pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut untuk ke Gua Musang.

Sudah lama tidak melalui lebuh raya pantai timur. Last masa balik raya aidilfitri tahun lepas. Pada pandangan saya kualiti lebuhraya Plus dgn LPT jauh berbeza. Didapati banyak terdapat lubang-lubang kecil telah terbentuk di atas jalan yang memerlukan penyelenggraan. Mungkin kesan musim tengkujuh yang lepas atau purata hujan yang banyak menyebabkan air bertakung di atas jalan.

Walau bagaimanapun perjalanan agak lancar kecuali di R & R yang begitu sendat kerana banyak kereta yang berhenti  tidak seperti hari-hari biasa. Di stesen minyak pun sama. Nak bagi duit pn kena que panjang.

Akhirnya sampai juga dikampungku dengan selamat. Yang paling seronok melihat anak-anak yang terlalu excited untuk balik merasai suasana kampung. Ada lembu, bunyi kokokan ayam, dan pokok buah-buahan. Sungguh damainya..





balik kampong makan kenduri.....anak saudara kawin.....

Wednesday, February 2, 2011

Jom Buat Servis Kereta

"Servis kereta ne dah buat ke belum"..."Nantilah"...."Aku sibuklah"...itulah jawapan yang selalu kita dengar.
Kenapa nak kena buat servis....

Kenderaan adalah untuk memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Sebagai pemandu, tanggungjawab yang besar terletak pada diri kita bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Kita patut tahu betapa pentingnya kenderaan diselenggara dengan betul menggunakan perkhidmatan pemeriksaan di pusat servis bertauliah atau melakukan sendiri. Pemeriksaan ini dapat memastikan keadaan kenderaan, brek dan jangka halaju, pemeriksaan bahagian atas dan bawah casis, pemeriksaan gelincir sisi, lampu puncak dan analisis keseluruhan kenderaan. Penyelanggaraan dilakukan samada mengikut jumlah kilometer atau bulan yang mana sampai dahulu.

Pemeriksaan harian yang dilakukan oleh pemandu terhadap tayar seperti keadaan tayar dan tekanan angin, tahap penyejuk radiator, brek. transmisi dan tahap minyak injin sangat penting untuk pergerakan kenderaan yang lancar.

Ujian brek adalah untuk memastikan fungsi brek kiri dan kanan dibelakang serta depan lancar. Tekanan brek yang seimbang akan memastikan kenderaan dapat berhenti dalam satu garisan lurus.

Apabila semua servis dan pemeriksaan telah dilakukan, tahap keyakinan dan kepercayaan terhadap kenderaan kita untuk pemanduan yang lebih lancar dan selamat sangatlah tinggi. Oleh itu bolehlah untuk kita memulakan pemanduan dengan mengikut undang-undang dan peraturan jalan raya.



Pandulah dengan cermat dan berhati-hati.

Ohh.. Tayar Bocor

Pernahkah anda mengalami tayar pancit semasa memandu. Bagaimanakah situasi anda ketika itu. Gelabah puyuh atau gelabah biawak.Sekarang sudah boleh tukar....Gelabah Tokekkkk....Saya juga pernah mengalami perasaan yang sama ketika syok memandu tiba-tiba tayar pancit. Tiba-tiba bunyi ganjil seperti mengibas daripada tayar, diikuti pergerakan kenderaan mengeret ke tepi, pusingan roda jadi perlahan daripada biasa atau tidak stabil. Bayangkanlah ketika itu kita memandu dengan kelajuan yang tinggi macam nak masuk F1. Apa akan jadi...macam-macam boleh jadi..
Apakah tindakan yang perlu kita buat?

  • Bertenang
  • Pandang cermin sisi untuk melihat kenderaan dari arah belakang
  • Pasang lampu kecemasan dan lepaskan pedal minyak
  • Jangan brek terlalu kuat dan keras kerana boleh hilang kawalan
  • Pandu kenderaan ke bahu jalan dan pilih tempat yang selamat
  • Awas...kenderaan dari belakang sebelum membuka pintu
  • Jika ada penumpang...suruh dia kluar dari kenderaan
  • Matikan injin kereta dan pastikan brek tangan ditarik
  • Nak lebih selamat masukan gear satu atau dua
  • Bagi kereta automatik letakan gear pada posisi "P"
  • Tahan tayar dengan penyendal atau batu 
  • Keluarkan tayar simpanan. jack dan pembuka tayar
  • Letakan jack ditempat yang sesuai. letakan papan jika tanah lembut
  • Buka nat dan gunakan jack pada ketinggian yang sesuai
  • Pasang tayar simpanan dan ketatkan nat
  • Turunkan jack dan pastikan nat diikat dengan ketat dan selamat
  • Simpan semula tayar yang pancit dan peralatan jack
Mudahkan....tetapi kalau tayar kenderaan 3 ton pancit berpeluh jugak. Untuk tambahan jangan lupa membawa besi paip yang panjangnya lebih kurang 7 kaki bagi memudahkan membuka nat roda jika memandu kenderaan 3 ton semasa longdistance.



Selamat Memandu. Berhati-hati dijalan raya.

Tuesday, February 1, 2011

Ohh....Cermin Mata

Satu perjumpaan anggota pemandu dengan pucuk pimpinan tertinggi pengurusan atasan telah diadakan pada 15 Jan 2011 bagi mengeratkan hubungan silataurahim dan mengenalpasti permasalahan semasa yang ditanggung oleh setiap anggota dan pasukan (Fleet kenderaan).


Setelah selesai menjamu selera dengan hidangan nasi beriani yang sangat menyelerakan dan ucapan ringkas oleh YBhg Dato AKS...tetapi dengan penuh keikhlasan...sesi dialog pula diadakan. Salah satu soalan yang dikemukan oleh anggota kepada ahli panel tersebut ialah pemakaian cermin mata hitam. Cermin mata hitam adalah sangat penting semasa memandu ketika cuaca panas terik supaya mata tidak silau. Jawapan balas oleh salah seorang ahli panel tersebut sangat mengembirakan kepada semua anggota yang hadir iaitu akan dipertimbangkan untuk dibuat pembelian dan diberi kepada setiap anggota pemandu. Jika itu menjadi kenyataan...syukur  allhamdullah kerana prihatin mengjaga kebajikan anggota bawahan dan faham masalah yang ditanggung oleh pemandu. Cuma apa yang diharapkan nanti janganlah pula apabila diberi kebenaran ada anggota memakainya pada waktu malam atau cuaca malap kerana perbuatan itu yang suka menunjuk-nunjuk atau hendak bergaya itu sangat bahaya.

Kesihatan mata adalah sangat penting untuk memandu. Sesorang itu hendaklah memakai cermin mata jika penglihatannya kurang baik jika rabun jauh atau tidak boleh memandu pada waktu malam. Biasanya penglihatan sesorang akan merosot sejajar dengan peningkatan usia. Oleh itu pemeriksaan mata yang kerap adalah sangat mustahak terutama bagi pemandu yang lanjut usia. Bagaimanapun masalah mata turut di alami oleh individu pada usia muda. Jadi, adakah anda sudah membuat pemeriksaan mata?

Jika anda mempunyai cermin mata untuk memandu, pastikan sentiasa memakainya ketika memandu. Jikalau tidak memakainya, bermakna anda mengabaikan kesihatan mata sendiri dan tindakan itu membahayakan diri sendiri, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Janganlah ragu-ragu untuk melakukan pemeriksaan mata dengan segera kerana kekaburan pemandangan berlaku tanpa disedari kecuali selepas memakai cermin mata.

VVIP

 Lapar tuuu......



Ohh.. Penunggang Dan Pembonceng Motosikal

Motosikal adalah salah satu pengangkutan yang sangat popular. Setiap hari aku menggunakan motosikal untuk berulang-alik ke tempat kerja aku yamg mengambil  masa lebih kurang satu jam untuk sampai. Bayangkalh jika aku mengunakan kereta mungkin mengambil masa yang lebih panjang untuk aku duduk di tempat memandu. Dengan kepadatan kereta yang bertali arus dan bersesak-sesak di atas jalan, membuatkan aku tak sanggup  melaluinya kecuali kalau dah terpaksa. Anda bagaimana pula........

Semua orang sedia maklum bahawa penunggang dan pembonceng motosikallah yang menyumbang paling banyak nahas jalan raya. Penunggang motosikal juga 20 kali ganda risiko berbanding pemandu kenderaan lain.  Tetapi apakah tanggungjawab kita sebagai penunggang untuk mengurangkan kadar kemalangan itu.

Tanggungjawab Penunggang
Sebelum menunggang, kita mestilah mematuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang jalanraya:

  • Motosikal mempunyai perlindungan insurans yang sah
  • Memiliki cukai jalan yang sah
  • Nombor plat yang sah mengikut spesifikasi JPJ
  • Memiliki Lesen Memandu yang masih sah digunakan
  • Memakai topi keledar dengan cara yg betul
  • Mematuhi had laju dan undang-undang lalulintas
Keadaan Motosikal
Kita juga mesti memastikan keadaan motosikal dalam keadaan baik sebelum menunggangnya

Tayar
  • Ketebalan bunga tayar tidak kurang drp 1.6mm (yang disarankan oleh pengeluar)
  • Tekanan angin yang cukup
  • Rim roda tidak bengkok atau kemek
  • nat sepit udang diikat dengan kemas
Brek
  • Ped diganti apabila perlu
  • bendalir brek sentiasa cukup (jika ada)
Enjin
  • diservis ikut jadual yang ditetapkan
  • menggunakan minyak injin yang disarankan oleh pengeluar
  • pastikan tiada kebocoran minyak injin
Cermin Dan Lampu
  • cermin sisi pada posisi yang betul
  • ketinggian suluhan lampu hadapan pada aras yang betul
  • lampu brek, isyarat dan nombor plat berfungsi

Panduan Untuk Penunggang Dan Pembonceng
  • Sentiasa memakai topi keledar
  • Sentiasa memasang lampu
  • Berpakaian cerah
  • Gunakan lorong motosikal yang dikhaskan (jika ada)
 Tabiat Yang Dlarang
  • Memencut secara mendadak
  • bermain-main
  • berlumba (merempit)
  • mencelah ke kiri dan ke kanan kenderaan lain
  • melebihi had muatan.....
 Selamat Menunggang....

Bahaya Brek Mengejut

Sistem Brek

Secara ringkas, apabila kaki menekan pedal brek, kuasa tekanan akan mendesak bendalir brek mengalir ke mekanisme brek pada setiap roda. Bendalir brek seterusnya menolak bahagian yang tidak bergerak ke bahagian yang berputar. daya geseran antara dua kompenan itu akan memperlahankan seterusnya memberhebtikan kenderaan.

1. Brek Dram

Apabila pemandu menekan pedal brek, piston akan menolak ladam brek seterusnya menakan permukaan dram dari dalam. Geseran antara ladam dan permukaan dram akan memberhentikan puratan roda. Dram brek mempunyai kompenan yang lebih banyak drp brek cakera dan lebih susah diservis. Kompenan yang biasanya perlu ditukar ketika menyelanggara brek dram ialah ladam brek. Kebanyakan kereta mempunyai brek dram untuk roda belakang dan brek cakera utk roda hadapan.

2. Brek Cakera

Piston angkup ditolak dengan kuasa hidraulik apabila pemandu menekan pedal brek. Angkup kemudian menekan pedal brek seterusnya menekan rotor. Geseran antara ped dan cakera akan memberhentikan putaran cakera. Kompenan yang biasa ditukar ketika menyelanggara brek cakera ialah ped brek. Brek cakera memberi kuasa pemberhentian lebih tinggi drp brek dram. Justeru itu ianya digunakan pada roda hadapan kereta pacuan hadapan







3. Brek Tangan

Digunakan ketika memberhentikan kereta ditempat letak kereta. Pastikan brek tangan ditarik ketika meletakan kereta terutama bagi kereta automatik. Apabila memandu, pastikan brek tangan dilepaskan sepenuhnya iaitu dengan memastikan lampu brek amaran terpadam. Brek tangan yg tidak dilepaskan sepenuhnya ketika memandu boleh mengakibatkan ped dan ladam brek haus dgn cepat.


4. Sistem Brek Anti Terkunci (ABS)

Sistem pengawalan brek yg memantau kelajuan pusingan roda seterusnya mengurangkan tekanan hidraulik brek terhadap mana-mana roda yang didapati terkunci.

Tanda-tanda Brek Haus

Brikut adalah isyarat awal brek perlu diganti atau diservis
  • Bunyi berdecit menandakan peralatan yg sudah lusuh pada sistem brek - mungkin perlu gantikan ped brek
  • Bunyi mengisar apabila menekan brek menandakan lapisan pelapik brek sudah haus - pengcengkam brek mencecah logam di belakang pelapik
  • Pedal brek yg rendah berkemungkinan kerana ladam atau brek tangan perlu dilaras
  • Pedal yang tinggi dan keras semasa injin hidup pula menandakan sistem brek tidak berfungsi dgn baik disebabkan booster yang rosak
  • Pedal berdenyut atau terhentak-hentak ketika brek ditekan menunjukan dram brek tidak mempunyai permukaan rata. Justeru putara berlaku secara terhuyung-hayang. Pada brek cakera pula, berkemungkinan permukaan cakera melengkung.

Lampu Amaran Menyala

Jika lampu amaram brek berwarna merah di panel instrumensi sentiasa menyala mungkin disebabkan:

  • Suis brek tangan rosak
  • Paras bendalir brek rendah
  • Kebocoran pada sistem hidraulik
  • Kerosakan pada pendawaian elektrik
Tayar Terkunci

Jika tayar belakang terkunci ketika membrek, mungkin:
  • Silinder roda melekat
  • Pelarasan brek yang salah
  • Sistem hidraulik tersumbat
  • Injap kawalan hidraulik perlu diservis
Kereta Terpesong

Kereta yang terpesong ke tepi ketika membrek, mungkin berpunca:

  • Sistem suspensi rosak
  • Silinder tayar bocor
  • Saluran brek tersumbat
  • Tekanan angin tayar tidak betul
  • Silinder tayar atau angkup piston tersangkut

Elakan Brek Mengejut

Brek menukarkan tenaga kinetik kpd tenaga haba melalui tindakan mengeser. Haba panas dihasilkan apabila brek ditekan. Justeru itu gunakan brek secara cermat dan lembut. Bukan lemah lembut......AUWWWWWWW

Menekan brek cara keras tiba-tiba boleh menghauskan brek dengan cepat serta meletakkan penumpang dalam keadaan cemas dan tidak selesa. Selalu juga kalau saya jadi penumpang apabila orang lain yang memandu....Aduissssss.....kecut perut....kaki pun turut sama menekan brek....Brek anginnnnnn.....

Suhu terlalu tinggi juga boleh mengakibatkan rotor brek cakera melengkung seterusnya penggantian yang  menelan belanja yang besar. Suhu panas juga boleh mencairkan gris dalam piring tayar dan mengeringkan gris bearing.

Penggunaan brek secara cermat selalunya menjimatkan minyak manakala tayar, brek dan sunspensi lebih tahan lama. Jimat belanja....sekarang ini kos sara hidup makin tinggi. Semua barang keperluan harian pun naik...Aduissssssss......Gaji je yang belum naik lagi..

Pengendalian ABS

Cara menlakukan brek kecemasan ketika memandu kereta yang mempunyai ABS tidak sama dengan kereta yang gunakan sistem brek biasa. Brek hanya perlu ditekan sehingga kenderaan berhenti. Tidak seperti pada kereta biasa yang memerlukan pemandu menekan brek berulang kali bagi mengelak tayar daripada terkunci.

Apabila menekan brek pada kenderaan ABS, kita mungkin terasa:
  • Seolah-olah injak brek menolak kuat kaki kita
  • Pedal brek yang ditekan seakan-akan jatuh dengan cepat
  • Kenderaan bunyi berdengung
Ini bermakna sistem ABS sedang berfungsi. Bunyi berdengung atau mengisar dikeluarkan oleh unit kawalan ABS. Oleh itu pastikan jangan melepaskan tekanan pedal brek apabila perkara ini berlaku.