Wednesday, February 2, 2011

Jom Buat Servis Kereta

"Servis kereta ne dah buat ke belum"..."Nantilah"...."Aku sibuklah"...itulah jawapan yang selalu kita dengar.
Kenapa nak kena buat servis....

Kenderaan adalah untuk memudahkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Sebagai pemandu, tanggungjawab yang besar terletak pada diri kita bagi memastikan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Kita patut tahu betapa pentingnya kenderaan diselenggara dengan betul menggunakan perkhidmatan pemeriksaan di pusat servis bertauliah atau melakukan sendiri. Pemeriksaan ini dapat memastikan keadaan kenderaan, brek dan jangka halaju, pemeriksaan bahagian atas dan bawah casis, pemeriksaan gelincir sisi, lampu puncak dan analisis keseluruhan kenderaan. Penyelanggaraan dilakukan samada mengikut jumlah kilometer atau bulan yang mana sampai dahulu.

Pemeriksaan harian yang dilakukan oleh pemandu terhadap tayar seperti keadaan tayar dan tekanan angin, tahap penyejuk radiator, brek. transmisi dan tahap minyak injin sangat penting untuk pergerakan kenderaan yang lancar.

Ujian brek adalah untuk memastikan fungsi brek kiri dan kanan dibelakang serta depan lancar. Tekanan brek yang seimbang akan memastikan kenderaan dapat berhenti dalam satu garisan lurus.

Apabila semua servis dan pemeriksaan telah dilakukan, tahap keyakinan dan kepercayaan terhadap kenderaan kita untuk pemanduan yang lebih lancar dan selamat sangatlah tinggi. Oleh itu bolehlah untuk kita memulakan pemanduan dengan mengikut undang-undang dan peraturan jalan raya.



Pandulah dengan cermat dan berhati-hati.

No comments:

Post a Comment