Saturday, January 29, 2011

Pemanduan Pada Waktu Malam

Tidak lama lagi kita akan bercuti panjang sempena CNY. Jadi dikesempatan cuti panjang ne,ramailah akan membuat perancangan untuk bercuti atau balik kampung.Aku juga telah memohon cuti untuk balik kampung bagi meraikan anak saudara yang akan melangkah ke gerbang pelamin. Bagi aku yang menetap di KL ne, kenalah membuat perancangan perjalanan supaya tidak bersesak-sesak dijalanraya. Pernah dulu kantoi berjam-jam jem.sakitnye hati. Silap sendiri juga tidak membuat perancangan perjalanan yg betul.
Jadi kepada sesiapa yang merancang untuk balik ke kampung pada waktu malam, mestilah membuat persiapan yang rapi pada kenderaan. Kekuatan dan ketahanan mental juga perlu kerana pada waktu ini kita selalunya dibuai oleh mimpi-mimpi indah.
Memandu diwaktu malam juga penuh dengan risiko. Cahaya berkurangan dan penglihatan bertambah kabur. Lampu dari kenderaan yang datang dari hadapan boleh menyilaukan mata dan boleh menyebabkan kemalangan.Dengan keadaan bertambah malap, peluang untuk mengelak dari bahaya menjadi rendah dan agakan tidak setepat seperti disiang hari.
Walau bagaimana pun memandu diwaktu malam ada kelebihannya seperti kurang kenderaan berbanding disiang hari. Suhu diwaktu malam juga tidak sepanas diwaktu siang dan ini tidak akan mudah bagi pemandu berasa mengantuk selepas makan. Selalunya waktu malam banyak kenderaan seperti lori dan bas-bas penumpang. Jadi kita harus berjaga-jaga dengan kenderaan tersebut.
Berikut sedikit petua-petua untuk pemanduan pada waktu malam:
LAMPU
  • Pastikan lampu dihadapan menyala dan dipasang dengan betul. Lampu yang tidak dipasang dengan betul akan menyilaukan mata pemandu lain.
  • Pastikan hidup lampu hadapan apabila hari telah senja.
  • Jangan memandu dengan satu lampu hadapan sahaja yang menyala. Ini akan membuat pemandu lain akan nampak seperti sebuah motosikal. Ini amat merbahaya lebih-lebih lagi jika memandu ditempat yang tidak mempunyai lampu jalan atau sumber cahaya lain.
  • Pastikan turunkan lampu hadapan ke "LOW BEAM" apabila ada kereta lain dari arah hadapan.
CERMIN/GELAS
  • Cermin yang kotor akan menjejaskan penglihatan. Ianya juga akan membuat lampu hadapan kereta lain menjadi berpinar-pinar. Oleh itu pastikan gelas hadapan,belakang dan juga tingkap adalah bersih.
PEMANDUAN
  • Jika pada maktu malam ada lampu kereta yang datang dari hadapan menyilaukan mata anda,alihkan pandangan ke tebing kiri jalan.Agakkan jarak antara kereta anda dan tebing jalan itu, dan cuba memandu dekat dengannya sehinggalah kereta yang datang ke arah anda berlalu pergi.
  • Hujan akan mengurangkan penglihatan anda dan menambahkan jarak untuk memberhentikan kereta anda. Oleh itu kurangkan kelajuan untuk memberi kereta anda jarak untuk berhenti dengan selamat.
  • Apabila mengekori kereta hadapan jarakan kereta anda dan pastikan lampu hadapan menyuluh ke bawah.Ini untuk mengelakan lampu kereta menyilaukan pemandu kereta dihadapan melalui cermin belakangnya.
  • Jika kita berhenti di lampu isyarat atau dipersimpangan, pastikan kita sentiasa menekan padel brek supaya lampu brek sentiasa menyala dan lebih mudah untuk dilihat oleh pemandu lain.
  • Pastikan petrol sentiasa mencukupi.
PENGLIHATAN
  • Pastikan penglihatan kita diperiksa untuk rabun jauh atau dekat. Ini untuk memastikan boleh melihat jauh ke hadapan dan boleh membaca maklumat.
  • Peka kepada pemandu lain terutama motosikal,basikal dan pejalan kaki.
KELETIHAN DAN MENGANTUK
  • Keletihan dan rasa mengantuk boleh menyebabkan hilang kosentrasi untuk memandu.
Oleh itu berhentilah, rehatkan diri ditempat yang selamat dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan. Jika letih dan mengantuk tetapi meneruskan perjalanan hanya akan mengundang bahaya pada diri serta pengguna-pengguna lain.

SELAMAT MEMANDU

No comments:

Post a Comment