Saturday, January 29, 2011

Cuai Dan Mengantuk Ketika Memandu

Statistik menunjukan 95 peratus kemalangan jalanraya berpunca daripada kesilapan manusia seperti cuai, lalai, tergesa-gesa, berlumba dan tidak sabar serta mengantuk ketika memandu. Pelbagai persiapan pada diri sendiri dan juga kenderaan sebelum memandu haruslah dititikberatkan bagi mengelakan perkara dan kejadian yang tidak diduga akan berlaku kerana kecuian kita.Perkara ini boleh dielakan jika kita peka dan perihatin sebelum kita melakukan perjalanan kemana-mana destinasi samada bercuti atau pulang ke kampung halaman.
Antara tips persiapan dan panduan untuk menafaat kita bersama adalah:
Persiapan Kenderaan
  • Servis kenderaan seminggu sebelum perjalanan. Tempoh ini cukup bagi membolehkan kerja baikpulih atau tempahan alatganti dilakukan dengan sempurna.
  • Pastikan tayar (termasuk tayar simpanan), bateri,minyak enjin,sistem pendingin hawa, sistem tali sawat, lampu penunjuk dan isyarat berada dalam keadaan baik.
  • Bawa kit perkakasan, lampu suluh, payung dan beberapa unit fius gantian.
Semasa Dalam Perjalanan
  • Pastikan kelajuan kenderaan sentiasa mengikut had yang ditetapkan
  • Pandu dengan cermat dan beri perhatian juga kepada kenderaan lain
  • Jangan memotong sesuka hati dan jika difikirkan tidak selamat
  • JANGAN MEMENCUT ketika hujan kerana penglihatan tidak berapa jelas dan juga jarak berhenti akan meningkat
  • Jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memandu setelah mendapat rehat yang secukupnya
  • Hidupkan lampu hadapan apabila hujan lebat
  • Jangan berhenti dilorong kecemasan jika tidak perlu. Berhenti ditempat yang disediakan dikawasan rehat dan rehat yang terdapat di sepanjang lebuh raya
  • Bergerak pada jarak yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 100 meter dari kenderaan di hadapan
  • Jangan membawa muatan berlebihan
  • Jadualkan perjalanan dan waktu berehat
  • Jangan memandu jika berasa kurang sihat atau mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk
  • Bertenang dan bersabar ketika memandu
  • Jangan terburu-buru untuk sampai cepat ketempat yang hendak ditujui
  • Jangan berlumba dengan kenderaan lain
  • Gunakan laluan kiri jika tidak memotong
  • Hidupkan lampu isyarat apabila hendak memotong kenderaan lain
  • Perlahankan kenderaan apabila diselekoh
  • Berhebti jika mengantuk
  • Jangan bertengkar di dalam kenderaan
  • Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  • Jangan memandu ketika mabuk
Bagaimana Menghilangkan Keletihan
  • Rancang perjalanan dan tidur secukupnya sebelum memandu
  • Jika boleh mulakan perjalanan diawal pagi dan elakan memandu hingga larut malam kerana risiko terbabit dengan kemalangan meningkat pada waktu itu
  • Jangan memandu melebihi antara lapan hingga 10 jam
  • Berehat dengan berhenti di pekan kecil di sepanjang perjalanan atau di tempat rehat di lebuh raya. Keluar dari kereta dan berjalan-jalanlah untuk melancarkan pengedaran darah
  • Berganti pemandu
  • Amalakan pemakanan yang seimbang dan makan secara sederhana. Kekenyangan atau memakan makanan tertentu akan menyebabkan mengantuk
Selamat Memandu

1 comment:

  1. Info yang berguna untuk diamalkan oleh para pemandu bagi mengelak daripada mengantuk semasa berada di jalan raya. Untuk mencegah daripada berasa mengantuk, kita juga tidak digalakkan untuk memandu seorang diri kerana ia boleh mendatangkan suasana bosan. Bawa kawan atau saudara-mara sekali untuk dijadikan teman berbual di sepanjang perjalanan.

    ReplyDelete