Sunday, January 30, 2011

Keletihan Dan Kelesuan Semasa Memandu

Memandu ketika letih dan lesu adalah satu perbuatan yang merbahaya dan sering dipandang remeh oleh pemandu-pemandu kita. Tidak seperti memandu dalam keadaan mabuk atau melebihi had laju yang boleh diambil tindakan dan melanggar undang-undang. Memandu dalam keadaan badan letih dan tidak berapa sihat satu ialah tabiat yang boleh dielakkan.

Terlena ketika memandu mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Kelesuan telah dikenal pasti salah satu punca kecelakaan jalan raya yang menyumbangkan satu pertiga dari kes-kes kemalangan serius. Ramai pemandu-pemandu kita tidak menyedari bahawa mereka terlalu letih untuk memandu dengan selamat.

Kebiasaanya pemandu-pemandu hanya menyedari mereka sudah hilang kosentrasi apabila kereta yang dipandu mereka tergelincir ke tepi dan melanggar permukaan kerikil di kiri jalan atau bila kereta terpesong ke tengah jalan dan melanggar garisan tengah yang berbonggol sedikit.

Malangnya jika ini berlaku sudah telambat. Jika nasib pemandu baik, kereta yang dipandu tidak akan merempuh apa-apa halangan seperti pokok atau penghadang bahu jalan. Lebih teruk lagi kalau bertembung dengan kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan.

Walaupun kelesuan datang tanpa diundang dan datang dengan perlahan-lahan tetapi kita masih boleh mengesannya. Langkah bijak ialah berhenti memandu seketika dan berehat ditempat yang selamat. Anda hanya meletakan diri dan penumpang dalam keadaan bahaya dengan cuba melawan perasaan mengantuk dan terus memandu kerana penumpuan terhadap pemanduan sebenarnya sudah tiada.

Tanda-Tanda Amaran Keletihan/Kelesuan
>Sentiasa menguap
>Tindakbalas menjadi kurang
>Mata penat dan terasa berat
>Otot-otot terasa kejang dan tegang
>Penglihatan mula kabur dan samar
>Kelajuan kereta tidak konsisten
>Mula ternampak yang bukan-bukan
>Melakukan penukaran gear yang tidak tepat
>Mula berangan-angan dan hilang penumpuan terhadap jalan
>Kereta yang dipandu melencong ke tengah jalan atau bahu jalan
>Hilang sabar
>Bunyi berdengung di telinga
>Tekak terasa lapar dan dahaga
>Tangan terasa berpeluh

Sebaik sahaja kelesuan menguasai diri tiada jalan lain yang harus diambil melainkan terus berhenti dan mengambil rehat.

Selamat Memandu Dan Ingatlah Orang Yang Tersayang

1 comment:

  1. 888 casino to reopen after 10 years of waiting
    The 과천 출장안마 888 포항 출장마사지 casino in St. Louis was temporarily closed due to COVID-19 concerns. They will reopen at full capacity 공주 출장마사지 on 남원 출장마사지 Thursday. 경산 출장샵

    ReplyDelete