Monday, January 31, 2011

Langgar Belakang

Peluang untuk mengelak daripada pelanggaran bahagian belakang kenderaan boleh diperbaiki jika kita mengamalkan beberapa panduan membrek dan mengekalkan jarak kenderaan kita dengan kenderaan di hadapan

Bagaimana Membrek Kenderaan 

Apabila brek ditekan secara mengejut ia boleh mengakibatkan tayar tekunci tetapi kenderaan yang kita pandu terus bergerak ke hadapan disebabkan tindakan daya momentun ke atas badan kenderaan. Keadaan ini dikenali sebagai kegelinciran yang melibatkan keempat-empat tayar kereta. Kegelinciran sangatlah merbahaya sekali dan boleh membawa padah.

Seterusnya terdapat 3 perkara yang boleh mengakibatkan kegelinciran menjadi bertambah buruk iaitu:
  1. Penjagaan kereta yang tidak sempurna seperti tayar yang hampir botak, kekurangan angin atau terlalu keras.
  2. Kelajuan yang keterlaluan. Ianya mengurangkan masa utk tindakbalas
  3. Keadaan jalan yang tidak elok. Minyak di atas permukaan jalan dan cuaca lembab menjadikan jalan menjadi bertambah licin.
Jika kereta tergelincir, kita boleh mengambil langkah2 seperti berikut:
  1. Lepaskan tekanan ke atas brek sedikit supaya tayar kenderaan dapat berputar. Perbuatan ini akan mengalihkan permukaan tayar yang bergesel dengan permukaan jalan kpd permukaan yg baru. Dgn itu cengkaman tayar dapat dibaik pulih.
  2. Dengan berhati-hati, tekan brek semula sambil memastikan tayar tidak berkunci
Masa Dan Jarak

Masa Tindakbalas diertikan sebagai jarak masa diantara saat seseorang pemandu itu menyedari bahawa sesuatu perlu dilakukan dan saat tindakan tersebut dilakukan. Kebiasaannya purata Masa Tindak Balas seseorang pemandu adalah satu saat.

Jarak Membrek pula ditakrifkan sebagai jarak yg dilalui oleh sesebuah kenderaan sebaik shj brek digunakan sehinggalah ia benar-benar berhenti.

Oleh itu jarak yg perlu dikekalkan antara kenderaan kita dengan kenderaan hadapan ialah jumlah jarak yg dilalui dlm Masa Tindak Balas kita dan Jarak Membrek kita, atau secara ringkas:

Jarak yang perlu dikekalkan atau Jarak Berhenti = Jarak yang dilalui dalam Masa Tindak Balas + Jarak Membrek

Ruang 2 Saat

Salah satu lagi cara untuk mengetahui jarak atau ruang yang harus dikekalkan dgn kenderaan di hadapan kita ialah dengan mengamalkan Peraturan 2 Saat. Peraturan ini diringkaskan seperti berikut:

  1. Pilih sebuah objek yg biasa ditepi-tepi jalan seprti tiang lampu atau pokok untuk dijadikan sebagai tanda . Penanda ini akan dipintas oleh kenderaan dihadapan kita.
  2. Sebaik sahaja kenderaan di hadapan memintas objek berkenaan, kiralah di dalam hati kita, satu ribu dan satu, sati ribu dan dua
  3. Sebaik sahaja selesai menyebut  angka-angka ini. dua saat telah pun berlalu dan kenderaan kita sepatutnya sedang memintas objek penanda yang sama.
Jika Kenderaan Anda Diekori Telalu Rapat

Kadangkala terdapat pula pengguna2 jalan raya yang suka mengikuti kenderaan mereka terlalu dekat, yang seterusnya boleh mengakibatkan kecelakaan jalan raya jika kenderaan di hadapan membrek secara mengejut.
Jika anda menghadapi situasi yang sedemikian, anda dinasihatkan untuk menyetuh brek anda sedikit (lapping the break) sebagai isyarat. Lampu brek yang menyala itu secara kilas ini bertindak sebagai amaran kepada pemandu berkenaan agar tidak mengekori kenderaan anda terlalu dekat.

Walau bagaimanapun jika tindakan ini tidak berjaya, anda dinasihatkan supaya mengalihkan kenderaan ke lorong lain yang lebih perlahan. Anda mungkin sedang  berhadapan samseng jalanan. Jika bertemu pemandu yang samseng seperti ini jauhkanlah dari mereka.

Selamat Memandu. Pandulah Ikut Peraturan Bukannya Ikut Perasaaan.

Sunday, January 30, 2011

Tanggungjawab Pemandu

Kemalangan jalanraya yang membabitkan kehilangan nyawa adalah berita yang begitu menyayat hati. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mangsa.

Malangnya kemalangan demi kemalangan terus berlaku seolah-olah tidak dapat dibendung. Malah kadar kemalangan semakin meningkat lebih-lebih lagi ketika tiba musim perayaan.

Sikap pemandu sendiri adalah penyumbang utama kepada kemalangan ini. Ketika di jalan raya pemandu lupa bahawa mereka sebenarnya bertarung dengan maut samada diri mereka sendiri atau pun orang lain. Mereka anggap mereka kebal daripada sebarang bahaya. Kemalangan ini juga membabitkan orang lain yang tidak bersalah disebabkan kecuaian dan kelalian pemandu tersebut.

Pemandu sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat besar. Semasa di jalan raya, nyawa penumpang bergantung kepada pemandu. Kelalaian sesaat membawa padah kepada semua. Untuk mengelakkan sebarang kecelakaan daripada berlaku, pemandu hendaklah sentiasa mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan bersopan santun semasa memandu.

Persiapan Dan Persediaan Sebelum Memandu


Sebelum melaksanakan tugas memandu, seseorang pemandu biasanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memastikan kenderaan sentiasa selamat di sepanjang perjalanan. Diantaranya ialah:

  • Membuat Pemeriksaan Harian Kenderaan (D.I) - memastikan kenderaan berada dalam keadaan siapsaga dan sempurna seperti tayar, termasuk tayar simpanan, bateri, minyak pelincir, pendingin hawa, tali sawat, lampu penunjuk dan lampu isyarat.
  • Mempunyai rehat yang cukup
  • Memastikan posisi duduk dan memegang stereng selesa dengan cara:                                                 Dapatkan jarak tangan dan tubuh yang betul daripada stereng dengan menyesuaikan sudut sandaran tempat duduk dan posisi tempat duduk. Pegang stereng pada posisi jam 3/9 atau 2/10. Bahu dan belakang sebaik-baiknya sentiasa bersandar sepenuhnya serta tempat yang boleh ke tempat duduk                                                              
  • Selaraskan tempat sandar kepala pemandu supaya bahagian atasnya sejajar dengan bahagian atas kepala anda. Ini dapat mengelak kecederaan terpiat sekiranya berlaku pelanggaraan.
  • Kaki sebaik-baiknya dapat menekan pedal minyak, brek dan klac dalam keadan membengkok sedikit, bukan sekadar hanya dapat mencecah.
  • Sesuaikan cermin pandang belakang dan sisi bagi penglihatan yang optimun
  • Pakai tali pinggang keledar.     
Kesopanan Semasa Memandu    

Pemandu berhemah sentiasa mementingkan  keselamatan baik sebelum memandu ataupun semasa memandu. Semasa berada di jalan raya, seseorang pemandu hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang baik. Antaranya ialah:
  • Tumpuan perhatian penuh ke jalan raya
  • Patuhi tanda had laju yang ditetapkan dan tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan
  • Memandu dilorong yang bersesuaian dengan kelajuan kenderaan iaitu:                                                  > Lorong kiri untuk memandu perlahan                                                                                          > Lorong tengah untuk memandu laju                                                                                             > Lorong kanan untuk memotong
  • Pastikan dapat melihat dengan jelas. Periksa mata setiap tahun
  • Pandang ke arah jalan raya di hadapan sejauh yang secukupnya untuk mendapatkan gambaran menyeluruh apa yang berada di hadapan. Dengan cara ini kita akan dapat mengjangka apa yang akan berlaku
  • Jangan kuatkan sangat suara radio
  • Jangan berkhayal atau berangan-angan semasa memandu dan jangan memandu jika dalam keadaan tertekan
  • Jangan terlalu banyak bercakap dengan penumpang hingga hilang tumpuan memandu.
  • Jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu. Gunakan hand free
  • Jangan Memandu ketika keletihan dan mengantuk
  • Jangan memandu ketika mengambil minuman keras ataupun ubat yang menyebabkan mengantuk
  • Pandu dengan perlahan dan hidupkan lampu kereta tidak kira pagi, tengah hari atau petang ketika hujan lebat
  • Lihat kebelakang sebelum mengundurkan kereta
  • Menghidupan lampu apabila hari mulai matahari terbenam
  • Jangan pakai cermin mata gelap atau cermin mata hitam abapila memandu dalam keadaan cuaca tidak terang
  • Gunakan lampu isyarat kereta untuk membelok ke kiri atau ke kanan atau untuk berhenti
  • Perhatikan cermin pandang belakang dan cermin kiri atau  kanan sebelum menukar lorong walaupun lampu isyarat telah diberikan.
  • Jangan melajukan kenderaan sewaktu kenderaan lain hendak memotong
  • Memberi keutamaan kepada kenderaan kecil jika kita memandu kenderaan berat
  • Tidak membunyikan hon sesuka hati
  • Jangan melajukan kenderaan sewaktu diselekoh
  • Jangan melanggar air atau lumpur sehingga membasahi pejalan kaki yang berhampiran
  • Jangan memotong kenderaan lain semasa mendaki bukit atau berada digarisan berkembar kecuali disediakan lorong untuk memotong   
  • Mematuhi isyarat pengawal lalulintas atau polis trafik
  • Jangan memandu dengan memegang stereng sebelah tangan dan sebelah satu lagi memegang apa-apa barang ataupun pompuan disebelahnya. Ada ke ne...biasa juga aku ternampak kenderaan disebelah semasa memandu kenderaan berat suatu ketika dulu.He..he..wayang percuma...Kita yang tengok juga mengalami gangguan seksual semasa memandu..
....Selamat Memandu...Pandu Cermat Jiwa Dan Hartabenda Pun Selamat....                                                                                                                                                                                                       

Keletihan Dan Kelesuan Semasa Memandu

Memandu ketika letih dan lesu adalah satu perbuatan yang merbahaya dan sering dipandang remeh oleh pemandu-pemandu kita. Tidak seperti memandu dalam keadaan mabuk atau melebihi had laju yang boleh diambil tindakan dan melanggar undang-undang. Memandu dalam keadaan badan letih dan tidak berapa sihat satu ialah tabiat yang boleh dielakkan.

Terlena ketika memandu mengakibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan. Kelesuan telah dikenal pasti salah satu punca kecelakaan jalan raya yang menyumbangkan satu pertiga dari kes-kes kemalangan serius. Ramai pemandu-pemandu kita tidak menyedari bahawa mereka terlalu letih untuk memandu dengan selamat.

Kebiasaanya pemandu-pemandu hanya menyedari mereka sudah hilang kosentrasi apabila kereta yang dipandu mereka tergelincir ke tepi dan melanggar permukaan kerikil di kiri jalan atau bila kereta terpesong ke tengah jalan dan melanggar garisan tengah yang berbonggol sedikit.

Malangnya jika ini berlaku sudah telambat. Jika nasib pemandu baik, kereta yang dipandu tidak akan merempuh apa-apa halangan seperti pokok atau penghadang bahu jalan. Lebih teruk lagi kalau bertembung dengan kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan.

Walaupun kelesuan datang tanpa diundang dan datang dengan perlahan-lahan tetapi kita masih boleh mengesannya. Langkah bijak ialah berhenti memandu seketika dan berehat ditempat yang selamat. Anda hanya meletakan diri dan penumpang dalam keadaan bahaya dengan cuba melawan perasaan mengantuk dan terus memandu kerana penumpuan terhadap pemanduan sebenarnya sudah tiada.

Tanda-Tanda Amaran Keletihan/Kelesuan
>Sentiasa menguap
>Tindakbalas menjadi kurang
>Mata penat dan terasa berat
>Otot-otot terasa kejang dan tegang
>Penglihatan mula kabur dan samar
>Kelajuan kereta tidak konsisten
>Mula ternampak yang bukan-bukan
>Melakukan penukaran gear yang tidak tepat
>Mula berangan-angan dan hilang penumpuan terhadap jalan
>Kereta yang dipandu melencong ke tengah jalan atau bahu jalan
>Hilang sabar
>Bunyi berdengung di telinga
>Tekak terasa lapar dan dahaga
>Tangan terasa berpeluh

Sebaik sahaja kelesuan menguasai diri tiada jalan lain yang harus diambil melainkan terus berhenti dan mengambil rehat.

Selamat Memandu Dan Ingatlah Orang Yang Tersayang

Saturday, January 29, 2011

Pemeriksaan Harian Kenderaan

Seperti diri kita juga...kenderaan pun memerlukan penjagaan yang sempurna bagi menjamin kenderaan kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dan boleh digerakkan pada bila-bila masa. Disamping melakukan penyelanggaraan berkala/berjadual, kita juga boleh melakukan pemeriksaan harian kenderaan kita sebelum bergerak melakukan tugasan bagi mengesan kerosakan kecil dapat diambil tindakan segera untuk mengelakan kerosakan itu akan menyusahkan kita, penumpang dan membazirkan wang kita.

Untuk pengetahuan, Pemeriksaan Harian Kenderaan ini adalah menjadi satu amalam yg wajib bagi  org seperti kami yang telibat secara langsung dengan  tugas pengangkutan. Disediakan Buku Rekod untuk memastikan setiap anggota yang hendak membuat tugas pemanduan telah melaksanakan pekerjaan ini telah mencatitkan di dalam  buku tersebut.
Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri (D.I.Y) dan mengambil masa yang singkap sahaja. Walaupun mengambil masa yang singkap tetapi ianya banyak memberi manafaat dan faedah kepada kita. Diantara perkara atau pekerjaan yang boleh dibuat pemeriksaan pada kenderaan kita ialah:

Paras Minyak Injin
Periksa sukatan minyak injin jika kurang boleh ditambahkan

Paras cecair Penyejuk (Air Radiator)
Periksa dan cukup ikut sukatan

Paras Air Bateri
Periksa cukup sukatan jika kurang boleh ditambah dengan air suling atau air hujan yang belum terkena besi

Paras Bendalir Brek
Paras bendalir brek tidak akan berkurangan jika sistem brek tidak mengalami sebarang kebocoran. Boleh ditambah dengan bendalir DOT 3/DOT 4

Paras Bendalir Stereng Kuasa
Periksa dan cukup ikut sukatan

Paras Cecair Pencuci Cermin
Boleh ditambah dengan air paip

Paras Bendalir Cekam
Periksa dan cukup ikut sukatan

Tekanan Angin Tayar
Periksa dan cukup ikut sukatan. Gunakan alat sukatan angin

Permukaan Dan Bunga Tayar
Periksa kehausan bunga tayar

Lampu Puncak Dan Lampu Isyarat
Semua berfungsi dengan baik

Pengelap Cermin/Hon

Periksa dan boleh digunakan

Tolok-Tolok Pada Dashboard
Periksa dan berfungsi dengan baik

Petrol/Diesel/Gas
Cukup untuk sampai kedestinasi.Ada duit boleh diisi.

Tayar Simpanan

Ada ditempat simpanan dan angin cukup sukatan

TOOL
Pastikan ada alat perkakas yang cukup (jack n handle, pembuka tayar, alat kecemasan, alat pemadam api dll)


Dengan hanya mengambil masa yang singkat dan hanya beberapa minit itu kita dapat memastikan diri kita dan penumpang dalam keadaan selesa dan apa yang penting bebas daripada kesulitan dan kesusahan jika mengalami kerosakan semasa memandu. Kita juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk menunggu bantuan tiba. Pastikan anda sentiasa membawa telefon bimbit.Public phone sekarang banyak yang tidak boleh digunakan.

Selamat Memandu

Cuai Dan Mengantuk Ketika Memandu

Statistik menunjukan 95 peratus kemalangan jalanraya berpunca daripada kesilapan manusia seperti cuai, lalai, tergesa-gesa, berlumba dan tidak sabar serta mengantuk ketika memandu. Pelbagai persiapan pada diri sendiri dan juga kenderaan sebelum memandu haruslah dititikberatkan bagi mengelakan perkara dan kejadian yang tidak diduga akan berlaku kerana kecuian kita.Perkara ini boleh dielakan jika kita peka dan perihatin sebelum kita melakukan perjalanan kemana-mana destinasi samada bercuti atau pulang ke kampung halaman.
Antara tips persiapan dan panduan untuk menafaat kita bersama adalah:
Persiapan Kenderaan
  • Servis kenderaan seminggu sebelum perjalanan. Tempoh ini cukup bagi membolehkan kerja baikpulih atau tempahan alatganti dilakukan dengan sempurna.
  • Pastikan tayar (termasuk tayar simpanan), bateri,minyak enjin,sistem pendingin hawa, sistem tali sawat, lampu penunjuk dan isyarat berada dalam keadaan baik.
  • Bawa kit perkakasan, lampu suluh, payung dan beberapa unit fius gantian.
Semasa Dalam Perjalanan
  • Pastikan kelajuan kenderaan sentiasa mengikut had yang ditetapkan
  • Pandu dengan cermat dan beri perhatian juga kepada kenderaan lain
  • Jangan memotong sesuka hati dan jika difikirkan tidak selamat
  • JANGAN MEMENCUT ketika hujan kerana penglihatan tidak berapa jelas dan juga jarak berhenti akan meningkat
  • Jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memandu setelah mendapat rehat yang secukupnya
  • Hidupkan lampu hadapan apabila hujan lebat
  • Jangan berhenti dilorong kecemasan jika tidak perlu. Berhenti ditempat yang disediakan dikawasan rehat dan rehat yang terdapat di sepanjang lebuh raya
  • Bergerak pada jarak yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 100 meter dari kenderaan di hadapan
  • Jangan membawa muatan berlebihan
  • Jadualkan perjalanan dan waktu berehat
  • Jangan memandu jika berasa kurang sihat atau mengambil ubat yang menyebabkan mengantuk
  • Bertenang dan bersabar ketika memandu
  • Jangan terburu-buru untuk sampai cepat ketempat yang hendak ditujui
  • Jangan berlumba dengan kenderaan lain
  • Gunakan laluan kiri jika tidak memotong
  • Hidupkan lampu isyarat apabila hendak memotong kenderaan lain
  • Perlahankan kenderaan apabila diselekoh
  • Berhebti jika mengantuk
  • Jangan bertengkar di dalam kenderaan
  • Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  • Jangan memandu ketika mabuk
Bagaimana Menghilangkan Keletihan
  • Rancang perjalanan dan tidur secukupnya sebelum memandu
  • Jika boleh mulakan perjalanan diawal pagi dan elakan memandu hingga larut malam kerana risiko terbabit dengan kemalangan meningkat pada waktu itu
  • Jangan memandu melebihi antara lapan hingga 10 jam
  • Berehat dengan berhenti di pekan kecil di sepanjang perjalanan atau di tempat rehat di lebuh raya. Keluar dari kereta dan berjalan-jalanlah untuk melancarkan pengedaran darah
  • Berganti pemandu
  • Amalakan pemakanan yang seimbang dan makan secara sederhana. Kekenyangan atau memakan makanan tertentu akan menyebabkan mengantuk
Selamat Memandu

Pemanduan Pada Waktu Malam

Tidak lama lagi kita akan bercuti panjang sempena CNY. Jadi dikesempatan cuti panjang ne,ramailah akan membuat perancangan untuk bercuti atau balik kampung.Aku juga telah memohon cuti untuk balik kampung bagi meraikan anak saudara yang akan melangkah ke gerbang pelamin. Bagi aku yang menetap di KL ne, kenalah membuat perancangan perjalanan supaya tidak bersesak-sesak dijalanraya. Pernah dulu kantoi berjam-jam jem.sakitnye hati. Silap sendiri juga tidak membuat perancangan perjalanan yg betul.
Jadi kepada sesiapa yang merancang untuk balik ke kampung pada waktu malam, mestilah membuat persiapan yang rapi pada kenderaan. Kekuatan dan ketahanan mental juga perlu kerana pada waktu ini kita selalunya dibuai oleh mimpi-mimpi indah.
Memandu diwaktu malam juga penuh dengan risiko. Cahaya berkurangan dan penglihatan bertambah kabur. Lampu dari kenderaan yang datang dari hadapan boleh menyilaukan mata dan boleh menyebabkan kemalangan.Dengan keadaan bertambah malap, peluang untuk mengelak dari bahaya menjadi rendah dan agakan tidak setepat seperti disiang hari.
Walau bagaimana pun memandu diwaktu malam ada kelebihannya seperti kurang kenderaan berbanding disiang hari. Suhu diwaktu malam juga tidak sepanas diwaktu siang dan ini tidak akan mudah bagi pemandu berasa mengantuk selepas makan. Selalunya waktu malam banyak kenderaan seperti lori dan bas-bas penumpang. Jadi kita harus berjaga-jaga dengan kenderaan tersebut.
Berikut sedikit petua-petua untuk pemanduan pada waktu malam:
LAMPU
  • Pastikan lampu dihadapan menyala dan dipasang dengan betul. Lampu yang tidak dipasang dengan betul akan menyilaukan mata pemandu lain.
  • Pastikan hidup lampu hadapan apabila hari telah senja.
  • Jangan memandu dengan satu lampu hadapan sahaja yang menyala. Ini akan membuat pemandu lain akan nampak seperti sebuah motosikal. Ini amat merbahaya lebih-lebih lagi jika memandu ditempat yang tidak mempunyai lampu jalan atau sumber cahaya lain.
  • Pastikan turunkan lampu hadapan ke "LOW BEAM" apabila ada kereta lain dari arah hadapan.
CERMIN/GELAS
  • Cermin yang kotor akan menjejaskan penglihatan. Ianya juga akan membuat lampu hadapan kereta lain menjadi berpinar-pinar. Oleh itu pastikan gelas hadapan,belakang dan juga tingkap adalah bersih.
PEMANDUAN
  • Jika pada maktu malam ada lampu kereta yang datang dari hadapan menyilaukan mata anda,alihkan pandangan ke tebing kiri jalan.Agakkan jarak antara kereta anda dan tebing jalan itu, dan cuba memandu dekat dengannya sehinggalah kereta yang datang ke arah anda berlalu pergi.
  • Hujan akan mengurangkan penglihatan anda dan menambahkan jarak untuk memberhentikan kereta anda. Oleh itu kurangkan kelajuan untuk memberi kereta anda jarak untuk berhenti dengan selamat.
  • Apabila mengekori kereta hadapan jarakan kereta anda dan pastikan lampu hadapan menyuluh ke bawah.Ini untuk mengelakan lampu kereta menyilaukan pemandu kereta dihadapan melalui cermin belakangnya.
  • Jika kita berhenti di lampu isyarat atau dipersimpangan, pastikan kita sentiasa menekan padel brek supaya lampu brek sentiasa menyala dan lebih mudah untuk dilihat oleh pemandu lain.
  • Pastikan petrol sentiasa mencukupi.
PENGLIHATAN
  • Pastikan penglihatan kita diperiksa untuk rabun jauh atau dekat. Ini untuk memastikan boleh melihat jauh ke hadapan dan boleh membaca maklumat.
  • Peka kepada pemandu lain terutama motosikal,basikal dan pejalan kaki.
KELETIHAN DAN MENGANTUK
  • Keletihan dan rasa mengantuk boleh menyebabkan hilang kosentrasi untuk memandu.
Oleh itu berhentilah, rehatkan diri ditempat yang selamat dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan. Jika letih dan mengantuk tetapi meneruskan perjalanan hanya akan mengundang bahaya pada diri serta pengguna-pengguna lain.

SELAMAT MEMANDU