Sunday, January 30, 2011

Tanggungjawab Pemandu

Kemalangan jalanraya yang membabitkan kehilangan nyawa adalah berita yang begitu menyayat hati. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mangsa.

Malangnya kemalangan demi kemalangan terus berlaku seolah-olah tidak dapat dibendung. Malah kadar kemalangan semakin meningkat lebih-lebih lagi ketika tiba musim perayaan.

Sikap pemandu sendiri adalah penyumbang utama kepada kemalangan ini. Ketika di jalan raya pemandu lupa bahawa mereka sebenarnya bertarung dengan maut samada diri mereka sendiri atau pun orang lain. Mereka anggap mereka kebal daripada sebarang bahaya. Kemalangan ini juga membabitkan orang lain yang tidak bersalah disebabkan kecuaian dan kelalian pemandu tersebut.

Pemandu sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat besar. Semasa di jalan raya, nyawa penumpang bergantung kepada pemandu. Kelalaian sesaat membawa padah kepada semua. Untuk mengelakkan sebarang kecelakaan daripada berlaku, pemandu hendaklah sentiasa mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan bersopan santun semasa memandu.

Persiapan Dan Persediaan Sebelum Memandu


Sebelum melaksanakan tugas memandu, seseorang pemandu biasanya perlu melakukan beberapa perkara untuk memastikan kenderaan sentiasa selamat di sepanjang perjalanan. Diantaranya ialah:

  • Membuat Pemeriksaan Harian Kenderaan (D.I) - memastikan kenderaan berada dalam keadaan siapsaga dan sempurna seperti tayar, termasuk tayar simpanan, bateri, minyak pelincir, pendingin hawa, tali sawat, lampu penunjuk dan lampu isyarat.
  • Mempunyai rehat yang cukup
  • Memastikan posisi duduk dan memegang stereng selesa dengan cara:                                                 Dapatkan jarak tangan dan tubuh yang betul daripada stereng dengan menyesuaikan sudut sandaran tempat duduk dan posisi tempat duduk. Pegang stereng pada posisi jam 3/9 atau 2/10. Bahu dan belakang sebaik-baiknya sentiasa bersandar sepenuhnya serta tempat yang boleh ke tempat duduk                                                              
  • Selaraskan tempat sandar kepala pemandu supaya bahagian atasnya sejajar dengan bahagian atas kepala anda. Ini dapat mengelak kecederaan terpiat sekiranya berlaku pelanggaraan.
  • Kaki sebaik-baiknya dapat menekan pedal minyak, brek dan klac dalam keadan membengkok sedikit, bukan sekadar hanya dapat mencecah.
  • Sesuaikan cermin pandang belakang dan sisi bagi penglihatan yang optimun
  • Pakai tali pinggang keledar.     
Kesopanan Semasa Memandu    

Pemandu berhemah sentiasa mementingkan  keselamatan baik sebelum memandu ataupun semasa memandu. Semasa berada di jalan raya, seseorang pemandu hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang baik. Antaranya ialah:
  • Tumpuan perhatian penuh ke jalan raya
  • Patuhi tanda had laju yang ditetapkan dan tanda-tanda isyarat lalulintas yang dipamerkan
  • Memandu dilorong yang bersesuaian dengan kelajuan kenderaan iaitu:                                                  > Lorong kiri untuk memandu perlahan                                                                                          > Lorong tengah untuk memandu laju                                                                                             > Lorong kanan untuk memotong
  • Pastikan dapat melihat dengan jelas. Periksa mata setiap tahun
  • Pandang ke arah jalan raya di hadapan sejauh yang secukupnya untuk mendapatkan gambaran menyeluruh apa yang berada di hadapan. Dengan cara ini kita akan dapat mengjangka apa yang akan berlaku
  • Jangan kuatkan sangat suara radio
  • Jangan berkhayal atau berangan-angan semasa memandu dan jangan memandu jika dalam keadaan tertekan
  • Jangan terlalu banyak bercakap dengan penumpang hingga hilang tumpuan memandu.
  • Jangan gunakan telefon bimbit semasa memandu. Gunakan hand free
  • Jangan Memandu ketika keletihan dan mengantuk
  • Jangan memandu ketika mengambil minuman keras ataupun ubat yang menyebabkan mengantuk
  • Pandu dengan perlahan dan hidupkan lampu kereta tidak kira pagi, tengah hari atau petang ketika hujan lebat
  • Lihat kebelakang sebelum mengundurkan kereta
  • Menghidupan lampu apabila hari mulai matahari terbenam
  • Jangan pakai cermin mata gelap atau cermin mata hitam abapila memandu dalam keadaan cuaca tidak terang
  • Gunakan lampu isyarat kereta untuk membelok ke kiri atau ke kanan atau untuk berhenti
  • Perhatikan cermin pandang belakang dan cermin kiri atau  kanan sebelum menukar lorong walaupun lampu isyarat telah diberikan.
  • Jangan melajukan kenderaan sewaktu kenderaan lain hendak memotong
  • Memberi keutamaan kepada kenderaan kecil jika kita memandu kenderaan berat
  • Tidak membunyikan hon sesuka hati
  • Jangan melajukan kenderaan sewaktu diselekoh
  • Jangan melanggar air atau lumpur sehingga membasahi pejalan kaki yang berhampiran
  • Jangan memotong kenderaan lain semasa mendaki bukit atau berada digarisan berkembar kecuali disediakan lorong untuk memotong   
  • Mematuhi isyarat pengawal lalulintas atau polis trafik
  • Jangan memandu dengan memegang stereng sebelah tangan dan sebelah satu lagi memegang apa-apa barang ataupun pompuan disebelahnya. Ada ke ne...biasa juga aku ternampak kenderaan disebelah semasa memandu kenderaan berat suatu ketika dulu.He..he..wayang percuma...Kita yang tengok juga mengalami gangguan seksual semasa memandu..
....Selamat Memandu...Pandu Cermat Jiwa Dan Hartabenda Pun Selamat....                                                                                                                                                                                                       

No comments:

Post a Comment