Sunday, June 10, 2012

MENCARI ILMU

Membuat latihan dan praktikal dengan belajar melalui kawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia fotografi khususnya menyediakan perkhidmatan merakam gambar perkahwinan...Banyak cara untuk mendapatkan ilmu dan meningkatkan lagi kemahiran mengendalikan kamera bagi menghasilkan gambar yang menarik dan cantik. Pelbagai kaedah kita boleh dapatkan ilmu dan pengetahuan bergantung kepada bajet kita dan masa yang kita ada..Ilmu boleh didapati dengan membaca majalah, belajar/kursus secara formal atau pengalaman orang lain. Dengan belajar secara teori dan praktikal secara berterusan dapat menambahkan lagi ilmu kepada kita. Banyak faktor penting dalam menghasilkan rakaman yang terbaik dan salah satunya ialah mempunyai ilmu. Makin banyak yang kita belajar, baru kita rasa kekurangan yang ada di dalam diri. Belajar dan terus belajar...Pengalaman dan pengetahuan menjadikan kita lebih berkeyakinan....

Gambar ini dirakam pada majlis bertunang Aida dan Farez bertarikh 09 Jun 2012. T.kasih Sifuu Izuddin Othman yang banyak memberi tunjuk ajar....Rakan lama dan Orang lama yang mempunyai banyak pengalaman dalam perkhidmatan Fotografi Perkahwinan....Rakaman dan Kualiti yang dihasilkan sangatlah berbaloi-baloiiii....Untuk melihat hasil tangan dan kreativiti beliau...serta inginkan Perkhidmatan Jurufoto sila KLIK...http://www.facebook.com/izuddin.othman.5 




 


  


Izuddin Othman Photography

No comments:

Post a Comment