Thursday, June 21, 2012

DERMA DARAH

Satu program derma darah telah dianjurkan oleh Pangkalan Udara Kuala Lumpur bersama Institut Perubatan Penerbangan dan Pusat Darah Negara pada 21 Jun 2012. Sambutan yang diterima amatlah menggalakan oleh semua peringkat anggota tentera dan awam untuk mendermakan darah sendiri kepada mereka yang memerlukan. Satu usaha yang terpuji dan nilai-nilai murni yang sangat mulia. Terima kasih kepada semua peringkat anggota  dan penderma yang terlibat bagi menjayakan program ini. Aku pn turut serta mendermakan darah buat kali ke 3 sepanjang umur ini...Pertama pd tahun 1990 dan kali kedua pd tahun 2010..Bukan kedekut nk menderma tapi fobia tengok jarumm....he...he..

Banner
 Kaunter Pendaftaran
 Memeriksa Tahap Kesihatan

 Pemberian Cenderahati oleh YBhg Brig Jen Dato' (Dr) Zahari Bin Jusoh
 Pemberian Cenderahati oleh Kol Dzulkarnain TUDM
 PW 1 Bahaman, Lt Kol (Dr) Zulkifli, Brig Jen Dato' (Dr) Zahari

Penderma Darah

 

Kakitangan Pusat Darah Negara


Sunday, June 10, 2012

MENCARI ILMU

Membuat latihan dan praktikal dengan belajar melalui kawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia fotografi khususnya menyediakan perkhidmatan merakam gambar perkahwinan...Banyak cara untuk mendapatkan ilmu dan meningkatkan lagi kemahiran mengendalikan kamera bagi menghasilkan gambar yang menarik dan cantik. Pelbagai kaedah kita boleh dapatkan ilmu dan pengetahuan bergantung kepada bajet kita dan masa yang kita ada..Ilmu boleh didapati dengan membaca majalah, belajar/kursus secara formal atau pengalaman orang lain. Dengan belajar secara teori dan praktikal secara berterusan dapat menambahkan lagi ilmu kepada kita. Banyak faktor penting dalam menghasilkan rakaman yang terbaik dan salah satunya ialah mempunyai ilmu. Makin banyak yang kita belajar, baru kita rasa kekurangan yang ada di dalam diri. Belajar dan terus belajar...Pengalaman dan pengetahuan menjadikan kita lebih berkeyakinan....

Gambar ini dirakam pada majlis bertunang Aida dan Farez bertarikh 09 Jun 2012. T.kasih Sifuu Izuddin Othman yang banyak memberi tunjuk ajar....Rakan lama dan Orang lama yang mempunyai banyak pengalaman dalam perkhidmatan Fotografi Perkahwinan....Rakaman dan Kualiti yang dihasilkan sangatlah berbaloi-baloiiii....Untuk melihat hasil tangan dan kreativiti beliau...serta inginkan Perkhidmatan Jurufoto sila KLIK...http://www.facebook.com/izuddin.othman.5 




 


  


Izuddin Othman Photography

Saturday, June 9, 2012

SEMINAR PTBK KKD DAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Satu seminar PTBK KKD dan Penolong Pegawai Perubatan telah diadakan di Hotel Permasuri Port Dickson mulai 06 Jun 2012 hingga 08 Jun 2012. Seminar tersebut diadakan bagi memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan peringkat PTBK dan PPP dibawah naungan RSAT TUDM. Seminar tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan dan barakhir dengan jayanya dengan kehadiran YBhg Brig Jen Dato' (Dr) Zahari Bin Jusoh, Pengarah Institut Perubatan Penerbangan pada hari terakhir untuk seasi dialog dan seterusnya menyampaikan sijil kepada semua peserta seminar. Thaniah.....



Ceramah oleh PW 1 Bahaman
Ceramah disampaikan oleh Lt Kol Dr Rosli

Seasi Dialog Bersama YBhg Brig Jen Dato (Dr) Zahari Bin Jusoh
Penyampaian sijil
Sekretariat
Sempat posing dengan Abon

Sunday, June 3, 2012

KEMALANGAN

Ketika melalui Jalan Puncak Alam-Bkt Jelutong untuk pulang ke rumah setelah selesai melaksanakan beberapa tugasan pada 03 Jun 2012 lebih kurang jam 12.30 tengahari berlaku sedikit kesesakan lalulintas yang jarang berlaku di jalan tersebut. Nasib baik naik motorsikal, jadi tiada masalah kepada saya. Rupanya berlaku kemalangan jalanraya yang melibatkan tiga buah kereta..Kelihatan anggota Bomba dan orang ramai sedang bertungkus lumus membantu menyelamatkan mangsa nahas. Sempat juga saya mencapai kamera yang disimpan di dalam kotak simpanan barang dan terus merakam beberapa keping gambar...nak tengokkkkk....??? Berhati-hatilah ketika memandu dijalanraya..Memandu ikut peraturan dan jangan ikut perasaan..disebabkan kelalaian dan kecuian...orang lain menjadi mangsa...










Saturday, June 2, 2012

MAJLIS KAHWIN

Wedding Photo Shoot

Membuat rakaman dimajlis perkahwinan bersama Izuddin Othman Photography...http://www.facebook.com/izuddin.othman.5 di dewan Universiti Malaya pada 02 Jun 2012..Sedikit hasil  daripada tangan saya yang tidak seberapa menggunakan kamera Nikon D 7000......


Pelamin





Pasangan Pengantin

Mcm kenal jer dia ne...

Seasi Outdoor


Friday, June 1, 2012

TEKNIKAL FOTOGRAFI





Pada 28 Mei 2012 hingga 01 Jun 2012, saya telah menghadiri Kursus Teknikal Fotografi yang telah diadakan di Hotel Puteri Park, Jln Raja Laut Kuala Lumpur.Seramai 17 peserta yang terpilih daripada unit-unit seluruh Malaysia telah hadir bagi meningkatkan lagi kemahiran dan ilmu dalam bidang fotografi. Kursus ini dibimbing oleh tenaga pengajar iaitu En Suhaimi yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut. Setiap peserta didedahkan dengan ilmu teori dan praktikal agar setiap ilmu yang disampaikan dapat dipraktikan sendiri oleh semua peserta.